Saturday 7 January 2012

PIKAT HATI LELAKI ADA CARANYA.....

Hmmm....hari ni hari yg sangat membosankan bg Mizz Lover,xtau la asal,duduk xkena,diri tak kena,baring xkena,ni je yg kena BERANGAN,huhuhuhu...........dlm bosan2 tu tetibe terpikir satu topik PIKAT HATI LELAKI ADA CARANYA,haa insan bergelar perempuan tu mesti tgh xcited nx bce yg selanjutnye kan...Jom jom jom kte bce HOT TIPS ni...hehehe

1.TERIMA SEADANYA
Terimalah sidia seadanya seperti mana korang mengenali sidia sebelum ni,yang penting buat korang adalah 'MENGENAI' lelaki bukannye 'MENGUBAH' lelaki.

2.PERSEFAHAMAN
Cuba fahami perangai sidia dan sesuaikan perangainya dgn dirimu,ni lbh baik dr korang nx mengubah dorg,asalkan perangai dorg tak bertentangan dgn agama..

3.BERUBAH UNTUK SATU PERUBAHAN
Korang tak mampu tuk mengubah lelaki apa yg korang bole lakukan adalah korang sendiri yg harus berubah dahulu,supaya dpt dijadikan contoh kpd buah hati korang.

4.MEMBERI DAN MENERIMA
Dalam situasi ni,terutama soal hati ni,korang kena lbh bnyak memberi dr menerima,agar sidia hargai setiap pemberian dr korang,..jgn korang bnyk menerima dan meminta,hal ni sebab lelaki skunk agak fobia dgn perkataan 'PISAU CUKUR'

5.SALING MEMPERCAYAI
Sekiranya korang tak mempercayai lelaki jgn harap lelaki akan mempercayai korang,..INGAT HIDUP NI MEMINTA PD YG ADA,MEMUJUK PD YG SAYANG...sekiranya korang yakin sidia mencintai korang,korang juga kena yakin kesetiaan dan kejujuran mereka....

6.AWASI SETIAP KRITIKAN YG DIBERIKAN
AWAS!!!Setiap kritikan adalah satu perangkap sebenarnya,ni bole menjadikan lelaki defensif dan akan sedaya upaya untuk mempertahankan diri dorang,hal ni kerana kritikan yg diberikan akan menjatuhkan maruah mereka,terutama yg mengkritik tu adalah taman wanita mereka...

Hmmm...tips ni bukan lah 100% nye betul,tetapi sebagai panduan meme bole digunakan,kpd perempuan2 mesti korang rasa ni agak sukar tuk korang lakukan tp,apa salahnya kalo korang korbankan sikit demi laki korang tu,huhuhu....

No comments:

Post a Comment