Friday 23 December 2011

CINTA LELAKI LEBIH HEBAT!!!
BETUL KE???

Kali ni topik hmmm.....agak menarik,selalu orang kata dalam hubungan cinta perempuan yang paling hebat,paling setia,patuh,taat dan macam-macam lagilah,tapi kali ni Mizz Lover nak kongsi yang sebenarnya 'cinta lelaki lebih hebat',walaupun lelaki selalu dilabelkan sebagai lelaki mata keranjang,playboy,buaya darat,kasanova.Memang tak dapat dinafikan lelaki lebih diragui kejujurannnya,namun percaya atau tidak disebalik sikap ni ,sebenarnya lelaki adalah seorang pencinta yang hebat dan lebih hebat dari perempuan.Tidak percaya?Tiga perkara ni mungkin boleh menyakinkan korang yang bergelar perempuan..............

1.LELAKI LEBIH MENGHARGAI PANDANGAN PASANGAN KEKASIH.
*perkara ni menunjukkan lelaki begitu suka andai mendapat pujian dari orang yang dicintainya,walaupun teman-teman mengkritik apa yang mereka pakai atau hasil kerja yang dilakukan mereka,namun oleh kerana pasangan mereka suka akan apa yang mereka lakukan ,mereka akan terus memakaimya dan melakukannya.Berbeza dengan perempuan yang suka mendengar pandangan orang lain dari pasangan sendiri.Kalo teman lelaki kata tak cantik apa yang dipakai diorang,diorang tetap memakainya juga,tapi cuba kalo orang lain yang menegur dan memberi pandangan,terus mereka ikut.......Betulkan???

2.LELAKI LEBIH SETIA.
*meme betul lelaki ada sifat sedikit gatal tetapi lelaki lebih setia drpd prmpuan...I can prove it...Apabila lelaki mncintai seseorang,dia sggup brkorban dan lakukan apa saja untuk pasangannya biarpun trpaksa brsusah payah.Mereka sggup mngikat perut semata-mata untuk mmastikan ada wang untuk top-up supaya dapat mnghubungi pasangannya dan untuk penuhi apa pasangannya inginkan,sedangkan perempuan hanya di mulut sahaja mengatakan mahu susah bersaman tetapi akhirnya memeberontak...Betulkan...Hehehe

3.LELAKI LEBIH MEMAHAMI DAN SABAR.
*kalo soal memahami jika dilihat dgn mata kasar sememeny nmpak perempuan lebih memahami dan sabar kerana sifat perempuan yang lembut.Tetapi kalo dikaji kaji,dikorek korek semula,lelaki lebih memahami.Buktinya lelaki sanggup menunggu bila perempuan lambat.Duduk dalam kerteta berjam-jam pun sanggup.Tetapi perempuan sentiasa mahukan semuanya berjalan mengikut masa yang ditetapkan.Baru lambat 5 minit tetapi marahnya macam lambat berjam-jam.....Betulakan??

Topik ni bukanlah Mizz Lover na drop perempuan,sebab Mizz Lover  pun permpuan tapi ni adalah kebenarannya,tak dapat dinafikan bukanlah semua lelaki bersifat seperti ni,tapi kalo korang dapat lelaki macam ni kira untung laa..jadi kepada perempuan2 cuba korang jadikan pulak cinta korang lebih hebat...oke???

Tuesday 20 December 2011

OOPPSSS!!! KEKASIH LAMA KEMBALI SEMULA.

Hari tu Mizz Lover dengan kengkawan masa sekolah rendah adalah buat reunion.Maklum jela kalo dah 5tahun tak jumpa tu,macam-macam ceritalah yang dibuka,jadi adalah juga terkenana-kenang zaman sekolah rendah dulu.Adalah sorang kawan Mizz Lover ni,kira waktu sekolah rendah dulu dia ni dikategorikan sebagai              
'HOT GUY',aaacehyy,hot guy la sangat...hehehe,kira dia jadi rebutan para wanita la,entah ape yang diorang tergila-gilakan sangat kat budak ni,Mizz Lover tengok biasa je pun,hahaha.....ada suatu ketika tu sampai bergaduh la kawan-kawan perempuan Mizz Lover.Lepas tu kawan perempuan Mizz Lover yang minat kat 'HOT GUY' ni ceritalah yang dia masih ada hati kat lelaki ni,kira cinta pandang pertama la,walaupun dia pernah couple dengan orang lain,tapi bila jumpa balik dengan hot guy ni dia jatuh hati semula,tak boleh nak lupakan .
Jadi Mizz Lover ada 2 pandangan kat sini....

1.Teringat kembali pada orang yang dicintai walaupun tak pernah berhubungan cinta,tetapi menaruh harapan,ala macam lagu kertas band tu..kekasih yang tak dianggap,hahaha......
2.Teringat kembali pada orang yang dicintai yang pernah menjadi pasangan cinta............................

Untuk pandangan yang pertama,Mizz Lover rasa sebaiknya kita meluahkan je apa yang pendam,sekiranya orang yang kita suka tu masih single,tetapi kalo dah ada ,sebaiknya kita redha dan cuba melupakan sidia,mungkin ada yang lebih baik dari sidia.Tetapi kalo berani amek risiko ,tak salah untuk luahkan segala yang terpendam,tetapi Mizz Lover nasihatkan jangan terlalu mengharap tinggi sangat,sebab bila tak diterima sakit rasanye,jadi perlu siapkan diri dengan kekuatan mental dan fizikal sebelum amek apa-apa tindakan.

Untuk pandangan yang kedua,situasi ni agak bahaya ,kalo tetibe kakasih lama datang semula ,adakah cinta lama akan berputik semula??? jeng jeng jeng....
Hmmmm.....kalo ikut Mizz Lover 'past is past,life must be go on'.Buat pa nak ingatkan balik cinta-cinta dahulu kalo dah ada cinta baru,kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada,tak payahlah kita nak ingat semula kenangan dulu,kita perlu jaga hati orang yang kita sayang sekarang.Mizz Lover tak nafikan ramai yang kata cinta pertama memang susah nak lupakan,tetapi kalo kita tak cuba untuk lupakan,memang takla boleh lupakan ,tetapi ianya memang take time la.Bila kekasih lama datang semula,buat bodoh sudalah,hahaha.....tak salah kalo kita berkawan dengannya,jangan terpaut kembali sudalah,tapi mana tahu  sejarah mugkin berulang,hehehe,sebenarnya hubungan lama tak akan berputik kalo kita sendiri tidak mengadakannya atau memupuknya.

Sunday 11 December 2011

PERIGI CARI TIMBA


Hmmm....ada ke lagi ek PERIGI CARI TIMBA?.............But I'm sure zaman macam sekarang benda-benda macam ni dah tak jadi isu sangat.....Baik lelaki atau perempuan yang mula dahulu,sumenye sama jew,yang penting hati mau ikhlas mei.hehehehe.......Tapi bagi lelaki janganlah pula terkejut atau fikir yang perempuan ni gataila pulak,benda ni tak salah cuma nak luahkan isi hati jew..hehehe....Tapi kadang-kadang benda ni perlu sebab,kaum lelaki ni kadang-kadang lambat untuk memahami perasaan perempuan,tak pun segan nak luahkan isi hati....Ermm,dah nampak sangat perempuan lagi berani dari lelaki,terserlah sudah keperempuanan....huhuhuhu...sory to say la bro....hehehe...so mizz lover nak pesan kepada perempuan yang dah ada berkenan di hati tu,jangan segan silu yang penting hati kita.....